INGIN KU NANTI DIRIMU DI PINTU SYURGA...,,,,,,
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
tahukah kamu ingin sekali aku memanggil namamu di dalam realitiku..namun, realitinya aku tidak mampu lagi lalu menyebutmu hanya di dalam mimpiku cuma..Bukan hari ini atau semalam tetapi berbulan-bulan lamanya telah ingin aku luahkan...namun setiap kali itu juga, aku berfikir...adakah ia akan menjadikan kau tersenyum atau hanya membuat hatimu pedih, duka dan menangis?
aku yakin, ia tidak lebih sekadar memori yg membuatkan atmamu sakit..sejujurnya aku tidak mahu membuatkan kau menangis, percayalah..aku tidak mahu memberi kepedihan buatmu..cukuplah, biarlah aku pergi dan membawa segalanya..
aku yakin, kau tidak tahu bagaimana aku melalui hari-hari aku di sini..hatta keluarga mahupun sahabat-sahabatku juga tidak tahu.semua orang menganggapku bahagia..mereka lihat aku tersenyum....mandiku basah..dan pakaianku kemas...bicaraku petah..seperti pernah kau katakan dahulu, bukankah aku seorang gadis yang ramah dan ceria?pasti aku menjaga penampilanku di hadapan mereka..hakikatnya, aku amat lemah.aku tidak mampu merubah perasaanku sendiri..
aku menangis setiap kali bersendirian di bilik..deraian air jernih ini sering tumpah menemani hari-hari sepiku..esakanku menjadi lagu hati yang tidak mampu ku pujuk sejak dulu hingga kini.. saban hari, aku sedaya upaya melupakanmu...merayu, merintih dan memohon sepenuh hati kepada ALLAH meminta agar dilunturkan perasaan ini..agar figuramu keluar dari hatiku...kerap juga sejadah itu basah dengan air mataku ketika bermunajat kepadaNya.....dan kini??
sungguh, aku masih tetap tidak mampu melupakanmu..
selama ini satu persatu lelaki datang kepadaku..semuanya aku tolak..aku fikir, mereka terlalu mudah melafazkan kata cinta...terlalu lemah...tetapi engkau? ternyata engkau sungguh berbeza sekali..engkau bukan meminta aku menerima dirimu seperti mereka..sering sahaja kau mengingatkan untuk sekadar bersahabat..sering sahaja engkau menasihatiku..mengingatkan aku tentang batas antara kita..sungguh, betapa aku mengagumi dirimu kerana punya ilmu dan kesedaran ilmu agama..benar, itu yang meyakinkan aku untuk menerimamu sebagai kawan..saat pertama kali engkau menegurku dengan salam persahabatan..
dalam aku sering diuji, dalam ramai yang cuba mendekatiku, semuanya aku tolak dengan baik..dan bila aku meluahkan kesusahanku menghadapi keadaan ini saban hari kepadamu, lalu dengan egonya engkau mengatakan bahawa kita tiada apa-apa yang istimewa...
"kite sekadar kawan biasa..yg membimbing dalam kebaikan..sekadar itu..tiada apa-apa yang istimewa....jika ada yang datang kepadamu aku tidak akan menghalang.."
benar, bicaramu membuatkan hatiku menangis, sikapmu yang terlalu ego..lantaran keegoanmu itulah yang sering membuatkan aku merasakan bertepuk sebelah tangan..walau semua sahabat-sahabat kita mengatakan aku tidak bertepuk sebelah tangan..walau hatiku kuat mengatakan engkau juga sepertiku namun keegoanmu kuat menolaknya...
sungguh aku tidak mengerti mengapa kehadiranmu tidak dapat kuusir dari hatiku...mengenali dirimu membuatkan aku lebih menjaga diriku...seolah aku bina dinding lutsinar agar tiada yang menggangguku..aku benar-benar ingin menjadikan diriku wanita solehah...
TETAPI BUKAN DEMIMU...SEMUANYA DEMI ALLAH...KERANA KINI AKU SEDAR, CINTAKU PADAMU IKHLAS, CINTA TU YANG TELAH MERUBAH AKU UNTUK LEBIH CINTAKAN ALLAH...AKU BUKAN CINTAKAN JASADMU...JIKA AKU CINTAKAN JASADMU, PASTI AKU AKAN MATI KERANA TIDAK DAPAT MEMILIKIMU..TETAPI AKU CINTAKAN SIKAP DAN HATIMU..YANG MENGAJAR AKU ERTI PERJUANGAN..DAN HATIMU YANG PENUH IKHLAS MENGINGATKAN AKU UNTUK MENCARI REDHA ALLAH..
kerana cintakan hati dan sikapmu membuatkan aku tetap dan masih berdiri di sini..yang mengajarkan aku erti cintakan ALLAH..dan kini, selepas gagal mendapatkan cintamu, aku masih yakin adanya cinta ALLAH..dengan pengharapan, cinta ALLAH dan serpihan cintamu itu aku jadikan bekalan untuk terus bertahan..cinta kepada manusia mula aku lupakan..kerana aku sudah letih dengan kepalsuannya....cukup letih...

namun hanya satu yang ingin aku persoalkan kepada dirimu..jika benar, aku hanya kau anggap sebagai sahabat,mengapa layananmu buat diriku cukup istimewa? kalau perasaanmu sekadar teman biasa, mengapa tiada teman-temanku yang lain memberikan aku layanan sepertimu? seistimewa yang kau berikan kepadaku?dan mengapa berkali-kali kau melarikan diri dariku?dan akhirnya kau putuskan persahabatan ini?jika benar, tiada perasaanmu untukku, ketahuilah dirimu sesungguhnya aku dapat menerimanya..aku redha, namun jangan tinggalkan aku..kerana kau sahabatku..walau kiranya kasihku untuk dirimu tidak kesampaian, namun tidakkah kau tahu aku masih menginginkan dirimu sebagai sahabatku?
kini telah kau mungkiri janjimu sebagai sahabat..telah kau korbankan persahabatan ini kerana keegoanmu..apa lagi yg mampu aku lakukan?utk melupakanmu hingga hari ini masih tidak mampu bagi diriku..kini hanya ALLAH tempat aku berserah..pada ALLAH aku hamparkan hati kerana ALLAH jua pemilik hati-hati kita..aku tahu, pasti ada hikmahnya yang DIA sediakan untukku..yang tak terjangkau dek pemikiran cetek kita makhlukNya..kerana itu, aku masih teguh memegang tali pengharapanku kepada ALLAH..
dan aku tahu kematianku semakin menghampiri..bukankah itu lebih baik untukku?ya ALLAH, aku mohon lindungi dia selalu..walau aku sendiri tak tahu di mana dia berada saat ini....ya, mungkin pemergianku sahaja yang bisa memisahkan jiwaku daripadamu...sungguh, cintaku ikhlas buat dirimu...saban hari telah aku panjatkan doa..andai kita tidak dipertemukan di dunia...moga ALLAH satukan kita di syurgaNya nanti..
Komentar
Posting Komentar